Close

realme GT 6 kini boleh dipra-tempah di Malaysia – Deposit hanya RM6 sahaja

Peranti andalan dari realme iaitu GT 6 kini boleh dipra-tempah di Malaysia. Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada 20 Jun 2024.

Untuk pra-tempahan, pengguna hanya perlu membayar deposit serendah RM6 sahaja bermula dari 13 hingga 20 Jun 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1096 iaitu realme Buds Air 5 atau realme Buds T110, Techlife Watch A1, jaminan skrin 1 tahun dan jaminan 1-1 selama 30 hari.

Siri realme GT 6 ditawarkan dalam 2 pilihan model iaitu realme GT 6 yang dijana dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 manakala realme GT 6T dijana dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3. Kedua-dua peranti hadir dengan bateri 5500mAh, pengecasan SUPERVOOC 120W dan kecerahan puncak sehingga 6000 nits.

Selain itu, siri realme GT 6 akan dilengkapi dengan pelbagai fungsi AI menarik seperti AI Smart Removal, AI Night Vision dan AI Smart Loop. Namun begitu, harga jualan rasmi untuk siri realme GT 6 masih lagi tidak diketahui. Perkara tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN