Close

Tesla Supercharger kini tersedia di Kuantan

Tesla terus menambah stesen pengecasan pantas mereka di Malaysia dengan lokasi terbaru adalah di Pahang atau lebih tepat lagi di Kuantan. Sekaligus, menjadikan ia sebagai Tesla Supercharger pertama tersedia di Pahang.

Untuk lokasi, Tesla Superchager ini berada di Majlis Bandaraya, Kuantan. Namun begitu, stesen pengecasan ini menggunakan Tesla Superchager V3 bukannya V4 seperti mana tersedia di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong.

Stesen pengecasan ini menempatkan 4 Tesla Supecharger yang menyokong pengecasan DC 250 kW. Melalui pengecasan pantas ini, ia mampu memberikan jarak gerak sehingga 270 km untuk Model Y dengan tempoh pengecasan selama 15 minit sahaja.

Kadar caj pengecasan yang dikenakan adalah RM1.25 untuk setiap kWh. Selain itu, caj Idlee Fees turut dikenakan sebanyak RM4.00 seminit sekiranya pengguna membiarkan kereta elektrik selepas pengecasan selesai.

Pada ketika ini, Tesla telahpun mempunyai 11 Supercharging stations dan 11 Destination Charging stations di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN