Close

CMF Phone 1 akan tiba pada 8 Julai ini

Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka pada 8 Julai ini. Pada acara tersebut, CMF akan memperkenalkan fon pertama mereka iaitu CMF Phone 1 bersama dengan dua lagi peranti baru iaitu Buds Pro 2 dan juga Watch Pro 2.

Peranti yang paling mencuri tumpuan semestinya adalah CMF Phone 1. Fon pertama dari CMF ini merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dan akan dijual pada harga lebih mampu milik. Dijangka hadir dengan skrin OLED FHD+ 6.67-inci, kamera utama 50MP, 8GB RAM, 256GB storan dalaman dan bateri 5000mAh. Cip yang akan digunakan pada peranti ini berkemungkinan adalah Dimensity 7300.

Unik mengenai CMF Phone 1 adalah ia hadir dengan rotating dial yang dikenali sebagai ‘Nothing Lock’. Namun begitu, tidak dapat dipastikan fungsi sebenar Nothing Lock. Selain itu, panel belakang peranti ini dikatakan boleh dibuka untuk membolehkan bateri ditukar dengan lebih mudah.

Manakala, untuk dua lagi peranti iaitu Buds Pro 2 dan Watch Pro 2 buat masa ini tiada sebarang maklumat yang didedahkan.

ARTIKEL BERKAITAN