Close

HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM2499

Tablet terbaru dari HUAWEI iaitu MatePad 11.5″S PaperMatte telahpun tiba secara rasmi di Malaysia. Hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa bersama dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik untuk produktiviti.

HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition hadir dengan skrin LCD bersaiz 11.5-inci dengan resolusi 2800×1840 yang turut menyokong paparan 144Hz. Skrin tablet ini menggunakan teknologi PaperMatte baru yang mengurangkan pantulan cahaya dengan lebih baik dalam masa yang sama masih menawarkan perincian kandungan dengan lebih baik.

Dikuasakan dengan cip Kirin 9000WL yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. Menggunakan kamera tunggal depan dan belakang dengan sensor 8MP untuk swafoto dan 13MP untuk belakang. Dimuatkan dengan bateri 8800mAh yang menyokong pengecasan 22.5W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti 4 pembesar suara, Bluetooth 5.2, menyokong stylus M-Pencil dengan NearLink Starlight Wireless Connection Technology dan menjalankan HarmonyOS 4.2.

Di Malaysia, MatePad 11.5″S PaperMatte dijual pada harga RM2499. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 18 hingga 28 Jun 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2046 iaitu HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, Huawei M-Pencil (3rd Gen) Nearlink, HUAWEI Freebuds 5i, HUAWEI Mouse dan baucar RM200.

ARTIKEL BERKAITAN