Xiaomi Malaysia kini menawarkan pilihan warna baru untuk model Redmi Note 13 Pro 5G. Pilihan warna baru tersebut dipanggil sebagai Olive Green. Sebelum ini, Redmi Note 13 Pro 5G ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Aurora Purple, Ocean Teal dan Graphite Black.
Namun begitu, Redmi Note 13 Pro 5G Olive Green ini hadir dengan spesifikasi yang sama bermaksud ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong touch sampling rate pada 2160H, PWM Dimming pada 1920Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 25GGB UFS 2.2.
Dari segi fotografi, ia menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5100mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 67W.
Selain tiada perubahan spesifikasi, ia turut dijual pada harga jualan yang sama iaitu RM1399 untuk 8GB + 256GB. Namun begitu, anda boleh membeli peranti ini pada harga lebih murah RM1299 sekiranya membeli dari 21 Jun hingga 15 Julai 2024.