Close

Apple Pickup kini tersedia di Malaysia – Tempah di web dan ambil di Apple Store

Seiring dengan pembukaan kedai fizikal pertama Apple di Malaysia hari ini, Apple turut memperluaskan sokongan perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan Apple Pickup di Malaysia.

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna melakukan pembelian melalui web dan mengambil peranti atau produk di Apple Store Malaysia.

Berikutan itu, ia memudahkan pengguna untuk mendapatkan peranti atau produk dengan lebih cepat berbanding menunggu penghantaran ke rumah yang mengambil masa sedikit lebih lama. Selain itu, pengguna tidak perlu beratur untuk membeli produk yang baru dilancarkan seperti iPhone, sebaliknya lakukan pembelian di web dan datang ke Apple Store untuk mengambil peranti.

Selain Apple Pickup, Apple telahpun menawarkan beberapa perkhidmatan lain untuk pengguna Malaysia seperti Apple Trade-In dan AppleCare+.

ARTIKEL BERKAITAN