Close

Cara tambah 5 akaun Maybank dalam 1 peranti guna aplikasi MAE

Berita gembira untuk pengguna Maybank. Anda kini boleh menambah sehingga 5 akaun dalam 1 peranti guna aplikasi MAE. Melalui fungsi ini, pengguna tidak lagi perlu bertukar peranti dan tidak lagi perlu menggunakan lebih dari 1 peranti untuk urusan perbankan.

Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi cara untuk menambah sehingga 5 akaun dalam 1 peranti melalui aplikasi MAE. Sebelum itu, pengguna perlu memastikan aplikasi MAE telah dikemas kini kepada yang terbaru (versi 0.9.26). Kemas kini aplikasi boleh dibuat melalui Google Play Store, Huawei AppGallery dan Apple App Store.

Maybank menyatakan pengguna boleh mengakses sehingga 5 akaun M2U dalam masa yang sama. Jenis akaun yang boleh ditambah melalui aplikasi MAE adalah M2U perniagaan tunggal dan M2U individu.

Senarai penuh akaun yang boleh ditambah :

  • 1- 5 ID M2U Perniagaan Tunggal
  • 2- 4 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 3- 3 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 4- 2 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 5- 1 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 6- 1 ID M2U Perniagaan Tunggal
  • 7- 1 ID M2U Individu

Cara tambah akaun melalui aplikasi MAE :

  • 1- Buka aplikasi MAE dan pergi ke bahagian ‘Setting’
  • 2- Pada bahagian ‘Setting’ tekan ikon ‘Switch’ atau Maybank2u > Manage M2U Access
  • 3- Tekan ‘Link M2U Access’ kemudian tekan ‘Link Now’
  • 4- Masukkan nama pengguna dan kata laluan akaun yang ingin ditambah
  • 5- Ikut arahan pada skrin sehingga proses selesai

Cara tukar akaun melalui aplikasi MAE :

  • 1- Buka aplikasi MAE dan pergi ke bahagian ‘Setting’
  • 2- Pada bahagian ‘Setting’ tekan ikon ‘Switch’ atau Maybank2u > Manage M2U Access
  • 3- Pada bahagian ‘M2U Access’, pilih ‘Switch to’ dan tekan akaun yang ingin ditukar

Namun begitu, setiap akaun M2U hanya boleh dipautkan pada 1 peranti pada satu masa. Sekiranya, akaun M2U yang sama dipautkan pada peranti lain ia secara automatik akan dilog keluar. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Maybank.

ARTIKEL BERKAITAN