Seperti yang kita tahu, Apple Store pertama Malaysia telahpun dibuka secara rasmi pada 22 Jun yang lalu.
Bersempena dengan pembukaannya, Apple Malaysia telah memberikan tote bag edisi terhad secara percuma kepada semua pengunjung. Pemberian tote beg tersebut tidak memerlukan sebarang pembelian dan tersedia sementara stok masih ada.
Dalam tinjuan kami di Carousell, tote bag ‘Apple The Exchange TRX’ telah dijual semula pada harga cecah ribuan ringgit. Namun begitu, kebanyakkan pengguna menjual pada harga sekitar RM250 hingga RM550.
Tote bag ini tiada sebarang keistimewaan sama seperti tote bag biasa, hanya terdapat cetakan Apple The Exchange TRX dan JOM. Namun, ia dijual semula pada harga tidak masuk akal. Walaubagaimanpaun, perkara tersebut tidak menghairankan memandangkan ia mempunyai peminat yang sanggup berbelanja besar untuk barangan Apple.