Close

HUAWEI perkenalkan HarmonyOS NEXT – Dilengkapi dengan Harmony Intelligence

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan sistem operasi baru mereka iaitu HarmonyOS NEXT. Pengenalan sistem operasi baru ini menandakan era baru ekosistem HUAWEI telahpun tiba.

HarmonyOS NEXT tidak lagi dibina berasaskan kepada Android atau Linux sebaliknya dibina berasaskan kepada OpenHarmony. HUAWEI mendakwa yang sistem operasi baru ini menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 30% dan kecekapan kuasa sehingga 20%.

Seperti sistem operasi yang lain, HarmonyOS NEXT ini turut dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil sebagai Harmony Intelligence. AI ini akan dintergrasikan pada peringkat sistem operasi

sekaligus akan menawarkan pelbagai fungsi AI seperti menyunting gambar, meringkaskan dokumen dan sebagainya.

Pada ketika ini, HarmonyOS NEXT telahpun memasuki fasa ujian Beta dan dijangka akan tersedia kepada pengguna pada suku ke-4 tahun ini. Peranti terawal yang akan menggunakan sistem operasi ini berkemungkinan adalah siri HUAWEI Mate 70.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN