Close

7 kelebihan Apple Store Malaysia pengguna wajib tahu

Seperti yang kita tahu, Apple telahpun membuka kedai fizikal pertama mereka di Malaysia yang terletak di TRX Exchange, Kuala Lumpur. Pembukaan kedai fizikal ini menandakan penguna Malaysia akan menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh Apple. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi 7 kelebihan Apple Store Malaysia pengguna wajib tahu.

Terima produk lebih awal

Malaysia akan menjadi negara terawal yang akan menerima produk terbaru dari Apple termasuklah iPhone. Bermaksud, semua produk terbaru dari Apple akan dijual atau ditawarkan pada hari yang sama dengan pelancaran global.

Return policy

Sekiranya anda membeli melalui Apple Store, terdapat polisi yang membolehkan pengguna memulangkan produk yang dibeli dan mendapatkan wang kembali dalam tempoh masa 14 hari. Anda hanya perlu menghantar atau membawa produk tersebut ke kedai Apple Store untuk dikembalikan.

Namun begitu, produk yang dikembalikan mesti berada dalam keadaan baik dan lengkap bersama dengan bungkusan.

Apple Trade In

Program tukar-beli atau Trade In membolehkan pengguna melakukan tukar beli dengan produk Apple yang terbaru. Apple Trade In terbahagi kepada 4 produk iaitu iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac.

Melaluinya servis ini, pengguna boleh mendapatkan harga yang lebih baik dan lebih tinggi untuk tukar beli dengan produk terbaru dari Apple. Namun begitu, jumlah nilai tukar beli yang diberikan berdasarkan kepada keadaan atau kondisi peranti. Untuk servis ini, ia boleh dilakukan secara dalam talian atau secara terus di kedai Apple.

AppleCare+

AppleCare+ menawarkan jaminan atau perlidungan tambahan sehingga 2 atau 3 tahun bergantung kepada peranti. Melaluinya, ia menawarkan sokongan teknikal, servis perkakasan dan sokongan perisian yang dikawal selia oleh pakar Apple.

Menarik mengenai AppleCare+, ia turut menawarkan sokongan teknikal sehingga ke lokasi pengguna dan layak mendapat peranti gantian sekiranya tiada lagi alat ganti tersedia. Namun begitu, pengguna perlu melanggan AppleCare+ dalam masa 60 hari dari tarikh pembelian.

Apple Pickup

Apple Pickup membolehkan pengguna melakukan pembelian melalui web dan mengambil peranti atau produk di Apple Store.

Perkhidmatan ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan peranti atau produk dengan lebih cepat berbanding menunggu penghantaran ke rumah. Selain itu, pengguna tidak perlu beratur untuk membeli produk yang baru dilancarkan seperti iPhone, sebaliknya lakukan pembelian di web dan datang ke Apple Store untuk mengambil peranti.

Ansuran bulanan

Anda kini boleh membeli produk Apple secara ansuran bulanan. Menariknya, ansuran bulanan ini ditawarkan pada kadar 0% faedah dengan tempoh ansuran sehingga 24 bulan. Penawaran ini membolehkan pengguna membeli produk Apple kegemaran mereka dengan lebih mudah.

Genius Bar

Seperti namanya, Genius Bar adalah tempat yang memboleh anda mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk yang ditawarkan oleh Apple. Selain itu, pengguna juga boleh bertanyakan pelbagai persoalan serta meminta pendapat atau cadangan berkenaan produk. Selain Genius Bar, Apple turut menawarkan bengkel secara percuma melalui Today At Apple. Bengkel ini mendedahkan pengguna kepada kemahiran terbaru dari Apple dan ia diadakan setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN