Close

Netflix versi percuma mungkin akan diperkenalkan di Asia

Aplikasi perkhidmatan penstriman video popular iaitu Netflix, dilapor sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan versi percuma pada beberapa pasaran terpilih, terutamanya Eropah dan Asia.

Menurut Netflix, pasaran Eropah dan Asia dilihat masih belum mencapai potensi penuh yang sepatutnya. Berikutan itu, penawaran versi percuma dijangka akan dapat meningkatkan lagi potensi sekaligus dapat menarik pengguna baru. Melaluinya juga, Netflix akan mula menjual pengiklanan melalui platform mereka.

Seperti namanya, versi percuma dijangka mempunyai pilihan yang terhad berbanding versi berbayar. Cara ini mungkin berkesan untuk menarik minat pengguna untuk melanggan selepas mencuba versi percuma.

Ini bukan kali pertama Netflix merancang untuk memperkenalkan versi percuma. Sebelum ini, Netflix telahpun menawarkan versi percuma di Kenya namun dihentikan pada tahun lalu. Penawaran versi percuma ini dijangka akan dapat memaksimumkan keuntungan Netflix.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN