Close

HONOR perkenal fungsi ‘AI Deepfake Detection’ untuk elak penipuan

HONOR melalui acara Mobile World Congress (MWC) telah mengumumkan fungsi baru bagi mengelakkan penipuan dan manipulasi secara digital melalui Deepfake.

Fungsi tersebut dipanggil sebagai AI Deepfake Detection. Melaluinya, ia akan melakukan pemeriksaan kandungan secara terperinci dalam setiap frame untuk mengenal pasti kecacatan yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia seperti eye contact, image clarity dan pencahayaan.

Menurut HONOR, fungsi ini telah dilatih dengan set data yang besar untuk imej dan video yang berkaitan dengan penipuan dalam talian. Sekaligus, membolehkan AI melakukan identification, screening dan comparison dalam masa tiga saat.

Selain itu, HONOR turut mengumumkan fungsi AI Defocus Eye Protection yang dapat mengurangkan Myopia (rabun dekat) yang disebabkan oleh penggunaan peranti untuk jangka masa yang panjang. Melalui fungsi ini, AI akan melakukan simulasi nyahfokus pada skrin peranti.

Fungsi ini dikatakan dapat mengurangkan 13° secara purata selepas membaca selama 25 minit namun terdapat sesetengah pengguna mempunyai pengurangan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 75°.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN