Menjelang hari pelancaran CMF Phone 1 yang akan berlangsung pada 8 Julai ini. Terdapat pelbagai maklumat mengenai peranti telahpun tertiris.
Terbaru, spesifikasi penuh peranti ini dilaporkan telah tertiris. Sekaligus, mengesahkan spesifikasi yang akan digunakan oleh CMF Phone 1.
Peranti ini akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dijana cip Dimensity 7300 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalam sehingga 128GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + Depth Sensor dan swafoto 16MP.
Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Selain itu, peranti ini akan menyokong pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi Android 14. Namun begitu, spesifikasi yang lebih tepat untuk peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.