Close

Siri OPPO Reno12 5G tiba di Malaysia dengan harga bermula RM2199

OPPO Malaysia secara rasmi memperkenalkan 2 peranti baharu di bawah siri Reno12 iaitu Reno12 5G dan Reno12 Pro 5G. Hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik merangkumi spesifikasi, rekaan dan fungsi menarik.

Reno12 Pro 5G merupakan model paling premium dalam siri Reno12 . Hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi 2412 x 1080. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1200 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7300-Energy yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT600 + 50MP Telefoto + 8MP ultra lebar. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 50MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan HyperTone Image Engine dan kecerdasanan buatan (AI) untuk hasil imej yang lebih baik. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan SuperVOOC 80W.

Manakala untuk Reno12 5G, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi 2412 x 1080. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1200 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7300-Energy yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT600 + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan SuperVOOC 80W.

Spesifikasi lain yang turut hadir pada siri Reno12 5G adalah seperti IR Blaster, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, 360° Antenna, AI Linkboost, Splash Touch dan menjalankan ColorOS 14 berasaskan Android 14.

Di Malaysia, Reno12 5G dijual pada harga RM2199 untuk 12GB+512GB manakala Reno12 Pro 5G pula dijual pada harga RM2599 untuk 12GB+512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula hari ini di semua pengedar rasmi OPPO Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN