Close

Aplikasi e-dagang ‘Temu’ dilaporkan tidak selamat

Aplikasi e-dagang yang popular di Google Play Store dan Apple App Store iaitu Temu dikatakan telah melanggar Akta Perdagangan dan Akta Perlindungan Maklumat Peribadi di Arkansas.

Berikutan itu, Peguam Negara Arkansas, Tim Griffin, telah memfailkan saman terhadap syarikat tersebut. Beliau menyatakan, aplikasi tersebut telah mengumpul data lebih banyak dari apa yang diperlukan dan mempunyai kebolehan untuk mengakses data pengguna secara rahsia.

Aplikasi tersebut turut dikatakan mengelirukan pengguna dalam permintaan untuk mengakses maklumat seperti lokasi, senarai kenalan, teks mesej, dokumen dan aplikasi lain. Sebuah firma penyelidikan turut menyatakan yang Temu mempunyai potensi untuk mengodam peranti pengguna sekaligus dapat melepasi tetapan privasi yang telah ditetapkan oleh pengguna.

Pemfailan saman tersebut turut menyatakan yang Temu tidak telus dalam pengiklanan produk dalam masa yang sama turut menawarkan produk tiruan. Temu dimiliki oleh PDD Holdings, syarikat sama yang menawarkan aplikasi Pinduoduo.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN