Close

OnePlus Ace 3 Pro diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan bateri 6100mAh

OnePlus secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Ace 3 Pro di China. Hadir dengan spesfikasi yang lebih berkuasa bersama kapasiti bateri yang lebih besar dengan teknologi Glacier Battery.

Dari segi spesifikasi, OnePlus Ace 3 Pro hadir dengan skrin jenis lengkung OLED LTPO bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 6100mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 100W. Peranti ini merupakan model pertama yang menggunakan teknologi bateri baru yang dipanggil sebagai Glacier Battery.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, WiFi 7, Bluetooth 5.4, sistem penyejukan, penarafan IP65 dan menjalankan sistem operasi ColorO14 berasaskan Android 14.

Di China, OnePlus Ace 3 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY3199 (RM2077) 12GB+256GB, CNY3499 (RM2272) 16GB+256GB, CNY3799 (RM2467) 16GB+512GB dan CNY4399 (RM2857) 24GB+1TB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna Porcelain White, Green Field dan Titanium Silver.

ARTIKEL BERKAITAN