Google mengumumkan yang Google Translate kini menyokong 110 bahasa baru. Sekaligus, menjadikan ia kemas kini terbesar yang pernah ditawarkan oleh Google pada aplikasi tersebut.
Sebelum dikemas kini, Google Translate hanya menyokong 113 bahasa sahaja dan kini ia menyokong sehingga 223 bahasa secara keseluruhan yang merangkumi Cantonese, Tok Pisin, NKo, Manx, Tamazight dan banyak lagi.
Google menggunakan kecerdasan buatan (AI) Large Language Model (LLM) PaLM 2 untuk melatih perisian untuk mempelajari bahasa yang berkaitan. LLM PaLM 2 adalah watak utama dalam dalam membantu dan mempercepatkan proses penterjemahan bahasa.
Google Translate telah membantu ramai pengguna untuk berhubung dan memahami lebih banyak perkara dengan lebih mudah dan pantas. Pada 2022, Google hanya berjaya menambah 24 bahasa baru yang menggunakan teknologi Zero-Shot Machine Translation.