Close

nubia Focus 5G tiba di Malaysia dengan harga RM799

Selepas memperkenalkan nubia Focus Pro 5G ke pasaran tempatan pada Mei lalu. nubia Malaysia kini sedia untuk menawarkan satu lagi pilihan model baru iaitu nubia Focus 5G. Peranti ini turut memfokuskan kepada kemampuan fotografi dengan harga jualan yang lebih mampu milik.

nubia Focus 5G hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.56-inci HD+ dengan sokongan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T670 yang digabungkan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP Kedalaman dan Swafoto 8MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan sistem Neovision AI Photography untuk memberikan hasil imej yang lebih baik. Dari segi rakaman video, ia menyokong rakaman video dengan sehingga 4K dan RAW HDR.

Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 22.5W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan pembesar suara jenis mono. Tidak ketinggalan, peranti ini turut dimuatkan dengan fungsi Live Island yang mirip seperti Dynamic Island pada iPhone.

nubia Focus Pro 5G dijual pada harga RM799 dengan satu pilihan varian sahaja iaitu 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli secara ekslusif di Shopee Nubia Redmagic MY.

ARTIKEL BERKAITAN