Close

HONOR Magic V3 dilaporkan lebih nipis berbanding Magic V2

Telefon lipat paling nipis yang ada dipasaran adalah HONOR Magic V2. Peranti ini hanya setebal 4.7mm ketika dibuka dan 9.9mm ketika ditutup dengan berat keseluruhan sekitar 231 gram sahaja.

Dalam perkembangan terbaru, HONOR mendedahkan yang telefon lipat baru mereka iaitu Magic V3 adalah lebih nipis berbanding Magic V2. Malangnya, perkongsian tersebut tidak mendedahkan secara terperinci mengenai ketebalan Magic V3. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan ketebalan Magic V3 adalah di bawah 9.9mm apabila ditutup.

Dari segi spesifikasi, Magic V3 berkemungkinan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, kamera utama 50MP, bateri 5500mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Lebih menarik, peranti ini dijangka akan diperkenalkan pada Julai ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN