Close

Google Podcast tak lagi ditawarkan di Malaysia

Google menamatkan sokongan Podcast sepenuhnya untuk pengguna di Malaysia. Bermaksud, Google Podcast tidak lagi boleh diakses oleh pengguna di Malaysia.

Sebelum ini, Google telahpun mengumumkan penamatan Google Podcast pada 23 Jun 2024. Namun, ia masih boleh diakses selepas tarikh tersebut. Terbaru, Google Podcast tidak lagi boleh akses sepenuhnya dan memaparkan pemberitahuan “Google Podcasts is no longer available”. Selain itu, Google memberikan pengguna pilihan untuk mengeksport senarai langganan atau berpindahkan kepada langganan YouTube Music.

Google turut memberi peringatan yang Google Podcast akan ditamatkan sepenuhnya pada 30 Ogos 2024. Berikutan itu, pengguna diminta untuk mengeksport senarai main sebelum tarikh tersebut atau ia akan dipadam sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN