Close

Apple mungkin perkenal cara baru untuk tukar bateri iPhone

Menjelang 2027, Kesatuan Eropah bakal melaksanakan undang-undang yang mewajibkan bateri peranti boleh diganti oleh pemilik. Sehubungan dengan itu, Apple dikatakan sedang membangunkan teknologi dan merekabentuk semula bateri iPhone bagi memudahkan ia diganti.

Pada ketika ini, cara untuk menukar bateri iPhone boleh dikatakan agak sukar. Pengguna perlu menanggalkan pelekat elastik dengan menggunakan peralatan khas sebelum ia boleh ditanggal. Selepas berjaya ditanggal, bateri baru perlu dipasang dengan menggunakan mesin khusus.

Untuk teknologi baru yang akan digunakan proses tersebut akan menjadi lebih mudah. Bateri baru ini akan dilindungi dengan kepingan logam yang akan melekat secara electrically induced adhesive debonding. Untuk menanggalkannya, ia hanya memerlukan sedikit renjatan voltan elektrik seterusnya bateri boleh ditukar dengan mudah.

Apple dijangka akan mula menggunakan teknologi ini pada siri iPhone 16 namun untuk model terpiih sahaja. Teknologi ini hanya akan digunakan sepenuhnya pada semua model iPhone 17 bermula tahun 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN