Close

iOS 19 telah mula dibangunkan – Akan diperkenalkan pada 2025

Apple telahpun mengumumkan sistem operasi baru iOS 18 pada acara Worldwide Developer Conference 2024 (WWDC 24) yang berlangsung pada bulan lalu. Hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti sokongan ubah suai yang lebih menyeluruh dan sokongan privasi yang lebih baik.

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan yang Apple telahpun memulakan pembangunan iOS 19. Selain iOS 19, Apple turut membangunkan sistem operasi WatchOS 12, macOS 16 dan VisionOS 3. Sistem operasi baru ini dijangka akan mula diperkenalkan pada 2025.

Sistem operasi tersebut dikatakan akan menggunakan kod nama ‘Luck’ untuk iOS 19, ‘Cheer’ untuk macOS 16, ‘Nepali’ untuk watchOS 12, dan ‘Discovery’ untuk ‌visionOS‌ 3. Laporan tersebut turut menyatakan yang Apple dijangka akan mula menawarkan Apple Intelligence pada VisionOS bermula pada 2025.

Namun begitu, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai perubahan dan fungsi yang akan dibawakan pada iOS 19.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN