Close

vivo Y28s 5G tiba di Malaysia dengan harga bermula RM799

vivo Malaysia mengemas kini penawaran mereka untuk pasaran tempatan dengan memperkenalkan peranti baru iaitu Y28s 5G. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

vivo Y28s 5G hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.56-inci dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 90Hz dan kecerahan puncak 840 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 6300 yang dipadankan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan kamera tunggal dengan sensor 50MP belakang dan 8MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W melalui USB-C. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP64, pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooth 5.4 dan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14.

Untuk pasaran Malaysia, vivo Y28s 5G dijual pada harga RM799 (6GB + 128GB) dan RM999 (8GB + 256G). Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Mocha Brown dan Twinkling Purple. Bagi yang berminat, peranti boleh dibeli di semua pengedar rasmi vivo Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN