Close

CMF Phone 1 dikesan melepasi SIRIM Malaysia – Mungkin tiba tak lama lagi?

Fon pertama dari CMF iaitu Phone 1 telah dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Sekaligus, memberikan gambaran peranti ini akan ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Buat yang tidak mengetahui, CMF adalah sub-jenama kepada Nothing.

CMF Phone 1 telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 1 Julai 2024 dengan kod nama A015 (A015) dan didaftarkan di bawah Zitron Fullfilment Sdn Bhd. Namun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan oleh peranti ini.

Menurut beberapa laporan, CMF Phone 1 dijangka akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dijana cip Dimensity 7300, 8GB RAM , storan dalaman 256GB, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 33W. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + Depth Sensor dan swafoto 16MP.

CMF telahpun menjadualkan acara pelancaran peranti ini secara global pada 8 Julai ini. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi oleh CMF Malaysia mengenai ketibaan dan penawaran peranti ini untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN