Close

Sony bakal hentikan pengeluaran cakera optik

Sony bakal menghentikan pengeluaran produk media storan berasaskan cakera optik secara beransur-ansur.

Sebab utama Sony menghentikan pengeluaran cakera optik adalah kerana permintaannya yang semakin menurun. Pada ketika ini, perkhidmatan penstriman dilihat semakin popular dan boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna masa kini.

Seiring dengan itu, Sony bakal memberhentikan pekerja dari bahagian tersebut yang berpangkalan di Tagayo dan Miyaga. Pekerja yang terjejas akan ditawarkan dengan pakej persaraan awal.

Walaubagaimanapun, pemberhentian tersebut tidak akan menjejaskan pengeluaran cakera Blu-ray untuk permainan video dan juga home media. Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan era cakera optik kini berada di penghujungnya. Untuk tahun mendatang, ia mungkin tidak lagi akan ditawarkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN