Close

Apple mungkin perkenal Apple Intelligence versi berbayar

Apple telahpun memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri yang dikenali sebagai Apple Intelligence. Apple Intelligence ditawarkan secara percuma yang akan tersedia pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia.

Terbaru, Apple mungkin akan memperkenalkan Apple Intelligence versi berbayar. Menurut laporan, versi berbayar ini mungkin akan dikenali sebagai Apple Intelligence+ dan akan ditawarkan dengan beberapa fungsi tambahan yang tidak tersedia pada versi percuma. Penawaran langganan ini dilihat mirip seperti yang ditawarkan oleh Apple melalui iCloud+.

Melaluinya, Apple dijangka akan menerima potongan dari hasil langganan yang ditawarkan oleh ChatGPT atau perkhidmatan AI pihak ketiga. Selain itu, penawaran ini mengurangkan kebergantungan Apple kepada perkakaksan dalam usaha untuk mengembangkan fungsi yang dijana oleh AI.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN