Close

Google Pixel 9 mungkin hadir dalam pilihan warna merah jambu

Sudah menjadi kebiasaan bagi peranti Pixel yang akan ditiriskan secara sepenuhnya sebelum ia diperkenalkan. Terbaru, video yang didakwa sebagai Pixel 9 telahpun tertiris di platform X (Twitter).

Melalui video yang dikongsi oleh @hanibioud di X, memperlihatkan Pixel 9 hadir dengan pilihan warna merah jambu yang terang dengan panel belakang jenis berkilat. Pilihan warna terang ini jarang digunakan oleh Google pada model premium. Kali terakhir Google menggunakan pilihan warna terang adalah pada Pixel 4 dengan nama ‘Oh So Orange’ yang diperkenalkan pada 2019.

Selain itu, peranti tersebut dikatakan dari Algeria dengan konfigurasi storan 256GB. Dari segi rekaan, ia dilihat sama seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Menggunakan rekaan jenis berkotak bersama rekaan kamera belakang seperti Pixel Fold. Dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan lampu flash LED diletakkan di sebelah kanan.

Namun begitu, maklumat tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Makluamt lebih tepat hanya akan diketahui pada acara pelancaran yang dijadualkan pada 13 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN