Close

Siri realme 13 Pro 5G dijangka tiba tak lama lagi

realme secara rasmi berkongsi teaser awal mengenai peranti mereka yang seterusnya iaitu siri realme 13 Pro 5G. Peranti tersebut akan diperkenalkan di pasaran India terlebih dahulu sebelum diperkenalkan ke pasaran lain.

Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan siri realme 13 Pro 5G akan menjadi model terawal yang akan diintergrasikan dengan kecerdasan buatan (AI) untuk fotografi. Sekaligus, memberikan gambaran peranti ini akan dilengkapi dengan pelbagai fungsi AI yang menarik untuk fotografi seperti yang ditawarkan oleh kebanyakkan pengeluar ketika ini.

Keupayaan kamera ini dijangka akan menawarkan hasil yang lebih baik berbanding model sebelum berikutan terdapat penjenamaan HYPERIMAGE+ yang diletakkan pada bongol kamera belakang. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan sesuatu yang menarik akan diumumkan oleh realme mengenai kemampuan kamera siri realme 13 Pro 5G.

Namun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan juga tarikh pelancaran yang dikongsi oleh realme buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN