Close

Apple menyenaraikan iPhone X sebagai produk ‘Vintage’

Apple mengemas kini penyenaraian produk ‘vintage‘ atau ‘obsolete’ mereka dengan menambah iPhone X sebagai senarai baru. Selain iPhone X, Airpods dan HomePod generasi pertama turut disenaraikan sebagai produk vintage.

Produk atau peranti yang disenaraikan sebagai vintage atau obsolete adalah peranti yang tidak lagi dikeluarkan selepas 7 tahun. Dengan penyenaraian tersebut, Apple tidak lagi menawarkan perkhidmatan atau pembaikan perkakasan untuk peranti tersebut di semua Apple Store atau Apple Authorized Service Providers (AASP).

iPhone X telah diperkenalkan pada November 2017. Merupakan iPhone pertama yang hadir dengan fungsi Face ID bagi menggantikan Touch ID. Kemas kini terakhir yang diterima oleh peranti ini adalah iOS 16.

AirPods generasi pertama telah diperkenalkan pada 2016 dan dihentikan pengeluaran pada 2019 iaitu selepas 3 tahun di pasaran. Manakala untuk HomePod, ia diperkenalkan pada tahun 2017 dan dhentikan pengeluaran pada 2021.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN