Close

OPPO Reno12 F 5G diperkenalkan – Guna cip Dimensity 6300 dengan OPPO AI

Selepas memperkenalkan OPPO Reno12 dan Reno12 Pro. OPPO kini turut memperkenalkan satu lagi peranti baru di bawah siri yang sama iaitu Reno12 F 5G. Turut memfokuskan kepada keupayaan fotografi dan turut dikuasakan dengan OPPO AI.

Reno12 F 5G hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 2100 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 32MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu pelbagai fungsi AI seperti AI Eraser 2.0, AI Smart Image Matting 2.0 dan juga AI Studio.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster, NFC, penarafan IP64 dan menjalankan Color OS 14.0.1 dengan OPPO AI. Fungsi yang ditawarkan melalui OPPO AI adalah seperti AI Recording Summary, AI Summary for text, AI Writer dan AI Speak.

Malangnya, tiada maklumat mengenai harga jualan dan penawaran peranti yang dikongsi oleh OPPO buat masa ini. Peranti ini dijangka akan turut diperkenalkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN