Close

HONOR Magic V3 akan diperkenalkan pada 12 Julai ini

HONOR sebelum ini telahpun berkongsi maklumat awal mengenai telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu Magic V3. Menurut HONOR, Magic V3 akan menjadi telefon lipat yang lebih nipis dan lebih ringan berbanding model semasa.

Dalam perkongsian terbaru, HONOR telah mengesahkan yang Magic V3 akan diperkenalkan pada 12 Julai 2024. Menariknya, pada acara tersebut HONOR bukan hanya akan memperkenalkan satu telefon lipat sahaja tetapi dua iaitu Magic V3 dan Magic 3s.

Magic V3 akan ditawarkan sebagai telefon lipat premium manakala Magic V3s akan ditawarkan sebagai telefon lipat yang lebih mampu milik. Ini adalah kali pertama HONOR memperkenal dua telefon lipat dalam satu masa. Sebelum ini, Magic V2s diperkenalan sekitar Oktober iaitu 3 bulan selepas Magic V2 diumumkan.

Namun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh HONOR pada ketika ini Selain memperkenalkan Magic V3 dan Magic V3s, HONOR akan turut mengumumkan dua lagi peranti baru iaitu MagicPad 2 dan MagicBook Art 14.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN