Close

Apple Vision Pro kini tersedia di Singapura, China, Hong Kong dan Jepun

Set kepala realiti pertama Apple iaitu Vision Pro kini mula ditawarkan ke pasaran antarabangsa. Sebelum ini, Vision Pro hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Singapura, China, Hong Kong dan Jepun adalah 4 pasaran pertama yang mula menawarkan Vision Pro di luar Amerika Syarikat. Selain itu, Apple akan terus mengembangkan penawaran peranti ini ke 5 pasaran lain iaitu di United Kingdon, Jerman, Perancis, Kanada dan Austarlia. Namun begitu, untuk 5 pasaran yang seterusnya ia hanya akan dijual bermula 12 Julai 2024.

Vision Pro untuk varian asas dijual pada harga sekitar SGD 5300 (RM18,436) di Singapura, CNY30,000 (RM19,472) di China, HKD28,000 (RM16,915) di Hong Kong dan JPY600,000 (RM17,592) di Jepun.

Tidak dapat dipastikan adakah Vision Pro akan turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya. Memandangkan Apple Store telahpun dibuka secara rasmi di Malaysia. Kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti ini akan turut ditawarkan ke pasaran Malaysia.

Apple Vision Pro dikuasakan dengan gabungan dua cip iaitu M2 dan R1. Menggunakan paparan dengan resolusi 4K untuk setiap mata bersama dengan 5 penderia utama dan 12 kamera. Menjalankan sistem operasi khusus yang dipanggil sebagai VisionOS.

ARTIKEL BERKAITAN