Close

Rimac perkenalkan Robotaxi di Croatia – Tersedia bermula 2026

Croatia bakal mempunyai perkhidmatan teksi autonomi (Robotaxi) tidak lama lagi. Perkhidmatan tersebut dijangka akan mula tersedia bermula 2026 dan akan ditawarkan oleh Rimac. Buat yang tidak mengetahui, Rimac adalah pembuat Hypercar yang berpangkalan di Croatia.

Robotaxi Rimac Verne akan dibina berdasarkan kepada platform EV baru dan mempunyai dua tempat duduk. Memandangkan Rimac Verne adalah autonomi sepenuhnya, ia tidak mempunyai stereng dan juga pedal untuk kawalan.

Menurut Rimac, kenderaan ini telah direka bentuk mengikut kesesuaian yang pelbagai merangkumi jenis jalan, keadaan cuaca, lokasi dan juga gaya pemanduan. Selain itu, ia menjanjikan pengalaman perjalanan yang mewah dan juga berkualiti. Perkhidmatan robotaxi ini akan tersedia melalui aplikasi khusus yang akan perkenalkan kelak.

Untuk permulaan, perkhidmatan robotaxi ini akan tersedia di Zagreb sebelum diperluaskan ke beberapa negara lain seperti Jerman, United Kingdom dan Timur Tengah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN