Close

Semua iPhone 16 akan hadir dengan cip A18 – Cip sama dengan pretasi berbeza?

Sebelum ini, Apple dilihat cenderung untuk menggunakan cip yang lebih lama pada model biasa dan cip lebih baru pada model Pro. Perkara tersebut dapat dilihat pada model biasa untuk iPhone 14 dan iPhone 15.

Terbaru, Apple mungkin tidak lagi menggunakan cip yang berbeza pada iPhone yang seterusnya iaitu iPhone 16. Perkara tersebut merujuk kod dalaman Apple yang ditemui oleh Nicolás Álvarez, memperlihatkan semua iPhone 16 akan dikuasakan dengan cip yang sama iaitu A18.

Walaupun semua iPhone 16 menggunakan cip yang sama. Namun, Apple mungkin akan meletakkan perbezaan antara model biasa dan model Pro. Untuk model biasa, ia mungkin akan dikuasakan dengan cip A18 dengan prestasi CPU dan GPU lebih rendah manakala model Pro akan dikuasakan dengan cip A18 Pro dengan prestasi CPU dan GPU yang lebih tinggi.

Dengan menggunakan cip yang sama, ia membolehkan keupayaan Apple Intelligence ditawarkan pada semua iPhone 16. Tidak seperti model sebelumnya, hanya iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max sahaja yang menyokong Apple Intelligence.

Selain itu, kod dalaman tersebut turut mendedahkan maklumat mengenai iPhone SE seterusnya yang berkemungkinan akan turut dikuasakan dengan cip A18. Ia sesuatu yang menarik untuk melihat Apple kembali menggunakan cip yang sama untuk semua iPhone mereka. Sekaligus, dapat menggurangkan jurang perbezaan antara model biasa dan model Pro.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN