Close

Hampir 50% pemilik EV di Australia dan AS pertimbang kembali guna kenderaan ICE – Ini sebabnya…

Kenderaan Elektrik (EV) dikatakan sebagai pengganti atau alternatif kepada kenderaan biasa atau Internal Combustion Engines (ICE). Namun begitu, perkara tersebut dilihat tidak selari dengan hasil kajian yang dibuat oleh McKinsey Mobility Consumer Pulse.

Melalui kajian yang dilakukan di 9 negara iaitu AS, Itali, Great Britain, Jepun, Australia, Jerman, China, Norway dan Brazil. Pemilik EV di Australia dan Amerika Syarikat mencatatkan peratusan paling tinggi untuk kembali menggunakan kenderaan ICE iaitu 49% dan 46%. Manakala Jepun dan Itali, mencatatkan peratusan paling rendah untuk kembali menggunakan kenderaan ICE iaitu 13% dan 15%.

Antara sebab mengapa pemilik EV mahu kembali menggunakan kenderaan ICE adalah kerana kemudahan tempat mengecas yang terhad, tidak boleh dicas di rumah, kos pemilikan yang tinggi dan pengalaman pemanduan EV yang kurang menyeronokan.

Selain itu, kajian tersebut turut mendedahkan 20% pengguna yang belum memiliki EV lebih memilih kenderaan Plug-in hybrid electric (PHEV) sebagai kenderaan mereka yang seterusnya. Sementara, 21% pula tidak bercadang untuk bertukar kepada EV.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN