Close

Geely perkenal bateri EV baru – Mampu bertahan sehingga 50 tahun

Geely telah mengumumkan bateri baru untuk kenderaan elektrik (EV) yang dipanggil sebagai Aegis Short Blade Battery. Bateri ini adalah dari jenis lithium iron phosphate (LFP) dan bakal menjadi penanda aras baru untuk bateri EV.

Menurut Geely, Aegis Short Blade Battery ini mampu bertahan sehingga 50 tahun dengan 3500 kitaran pengecasan yang bersamaan dengan 1 juta kilometer perjalanan. Bateri ini telah melepasi 6 ujian ekstrem iaitu seawater corrosion immersion, extreme cold environment, high-frequency pack bottom scraping, 26-ton overweight rolling, single-pack side collision dan fire roasting.

Bateri ini mempunyai ketumpatan tenaga yang lebih tinggi iaitu 200 Wh/kg berbanding bateri yang dihasilkan oleh BYD iaitu 150 Wh/kg. Saiz bateri ini adalah lebih pendek dengan 580 mm berbanding 960 mm yang ditawarkan di pasaran ketika ini. Dari segi pengecasan, bateri ini dikatakan mampu mengecas dari 10% ke 80% hanya dalam masa 17 minit 4 saat sahaja.

Selain itu, bateri ini dikatakan tidak meletup atau terbakar walaupun dicucuk dan suhu bateri dapat dioptimumkan, tidak melebihi dari 40°C. EV pertama yang akan menggunakan Aegis Short Blade Battery adalah Geely Galaxy E5 yang akan diperkenalkan pada Ogos ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN