Xiaomi dijangka akan memperkenalkan telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu Mix Fold 4. Telefon lipat baru ini bakal membawakan pelbagai peningkatan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.
Terbaru, imej yang didakwa sebagai Mix Fold 4 telah tertiris yang memperlihatkan rekaan panel belakang peranti tersebut. Berdasarkan dari imej tersebut, Mix Fold 4 hadir dengan panel belakang jenis leather berwarna putih. Namun, ia dijangka akan turut ditawarkan dengan panel belakang jenis kaca.
Seperti laporan sebelum ini, Mix Fold 4 akan menggunakan tetapan kuad-kamera belakang namun dengan susunan yang berbeza. Sensor yang akan digunakan berkemungkinan 50MP Utama Leica Summilux + 60MP Telefoto + 12MP Ultra Lebar + 10MP Periskop Telefoto.
Mix Fold 4 dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 5000mAh dan penarafan IPx8. Telefon lipat baru dari Xiaomi ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan ini.