Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengecualikan caj atau yuran parking untuk kenderaan elektrik (EV) sebagai usaha mengalakkan lagi penggunaan EV di Malaysia.
Selain itu, langkah ini diambil seiring dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk memperkenalkan bingkai plat khas untuk EV. Pada ketika ini, kerajaan telahpun memulakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mempertimbangkan perlaksanaan tersebut. Sebagai contoh, EV di London dikecualikan daripada membayar caj atau yuran parking.
Dalam usaha untuk mengalakkan penggunaan EV, kerajaan telahpun memperkenalkan beberapa inisiatif antaranya cukai jalan yang lebih rendah iaitu sebanyak 85% untuk EV dan juga bingkai plat khas.