Netflix mula menghentikan pelan asas tanpa iklan untuk pelanggan sedia ada di beberapa negara terpilih.
Menurut laporan, beberapa pengguna dikatakan telah menerima notis mengenai penamatan langganan pelan asas tanpa iklan. Pengguna perlu memiih pelan baru sekiranya ingin terus menggunakan perkhidmatan penstriman tersebut.
Dalam notis tersebut, Netflix turut menyatakan tarikh akhir penamatan pelan tersebut. Namun begitu, tarikh akhir penamatan tersebut mungkin berbeza mengikut kepada pengguna. Setakat ini, kebanyakkan pengguna yang menerima notis tersebut adalah di United Kingdom dan Kanada.
Penamatan tersebut dilihat selari dengan apa yang diumumkan oleh Netflix pada Januari lalu, menamatkan pelan asas termurah tanpa iklan secara berperingkat dan menggantikan pelan asas dengan iklan.
Buat masa ini, tidak dapat dipastikan adakah Malaysia akan turut tersenarai atau sebaliknya.