OnePlus telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka pada 16 Julai ini di Milan, Itali. Peranti yang akan diperkenalkan pada acara tersebut adalah OnePlus Nord 4.
Menarik mengenai peranti ini adalah, ia akan menggunakan bahan binaan yang berbeza dari generasi sebelumnya iaitu logam. Maklumat tersebut disahkan oleh OnePlus melalui teaser awal di platform X yang menyatakan ‘Metal welded with Mettle’.
Untuk spesifikasi, peranti ini dijangka hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.74-inci, cip Snapdragon 7+ Gen 3, RAM sehingga 16GB, storan dalaman sehingga 512GB dan kamera utama 50MP OIS. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.
Selain OnePlus Nord 4, OnePlus akan turut memperkenalkan jam tangan pintar baru iaitu OnePlus Watch 2R dan juga OnePlus Buds 3 Pro.