realme melalui acara realme AI Imaging Media Preview yang bertemakan “The Future is Here: AI is Revolutionizing Mobile Imaging“ telah berkongsi maklumat mengenai bagaimana AI dapat membantu dalam pengimejan fotografi mudah alih. Sekaligus, dapat memberikan pengalaman fotografi yang lebih baik dan lebih mudah.
Berikutan itu, realme dan Sony telah bekerjasama dalam membangunkan sensor LYT-701 baru yang akan digunakan pada siri realme 13 Pro. Melaluinya, ia menjanjikan pengalaman fotografi pada tahap tertinggi yang dikuasakan HYPERIMAGE+.
HYPERIMAGE+ adalah teknologi baru yang diperkenalan oleh realme yang menawarkan keupayaan fotografi dalam pelbagai keadaan cahaya. Turut dibantu dengan AI HyperRAW Algorithm yang akan meningkatkan julat dinamik dan mengekalkan perincian untuk menjadikan hasil imej lebih baik dan lebih jelas.
Untuk memberikan keupayaan fotografi yang lebih baik, realme turut membawakan pelbagai fungsi AI seperti AI Natural Skin Tone, AI Ultra Clartiy dan AI Pure Bokeh. Untuk AI Natural Skin Tone, ia memberikan hasil imej dengan tona lebih semula jadi. Manakala, AI Ultra Clarity pula akan meningkatkan kualiti menjadi lebih jelast dan lebih tajam. Akhir sekali adalah AI Pure Bokeh, memberikan hasil imej potret yang lebih baik dengan mengenal pasti latar belakang untuk menjadikan ia lebih sinematik.
Selain itu, siri realme 13 Pro akan turut dilengkapi dengan kamera periskop 50MP sensor LYT-600 yang menyokong zum optik sehingga 3x. realme menyatakan yang siri realme 13 Pro mampu menawarkan pengalaman seperti kamera DSLR profesional. Siri realme 13 Pro dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat.