Close

BYD buka kilang EV di Thailand – Pertama di Asia Tenggara

Pengeluar EV China iaitu BYD secara rasmi membuka kilang kenderaan elektrik (EV) di Thailand. Sekaligus, menjadikan ia sebagai kilang pertama di Asia Tenggara.

Pembukaan kilang tersebut adalah sebahagian dari hasil pelaburan bernilai $1.44 billion yang dibantu oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai. Pada ketika ini, Thailand merupakan hab pemasangan dan eksport serantau yang dikuasai oleh pengeluar Jepun seperti Toyota Motor, Honda Motor Co dan Isuzu Motors.

Thailand menyasarkan pengeluaran tahunan untuk EV akan meningkat kepada 30% yang bersamaan dengan 2.5 juta menjelang 2030. Selain itu, Thailand adalah pasaran luar negara terbesar BYD dan akan menjadi hab pengeluaran untuk eksport ke ASEAN serta pasaran lain.

Menurut firma penyelidikan Counterpoint, BYD kini telah menguasai 46% segmen EV dunia dan merupakan pengeluar ketiga terbesar dalam segmen kereta penumpang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN