nubia secara rasmi memperkenalkan RedMagic 9S Pro dan 9S Pro+ untuk pasaran China. Hadir dengan peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa dan turut dimuatkan dengan fungsi kecerdasan buatan (AI).
Kedua-dua model tampil dengan spesifikasi yang hampir sama hanya dibezakan dengan teknologi pengecasan, kapasiti bateri dan pilihan varian. Hadir dengan skrin AMOLED BOE bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang lebih berkuasa yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS Samsung GN5 + 50MP lebar + 2MP Makro. Manakala untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 16MP yang diletakkan di bawah skrin.
Untuk Red Magic 9S Pro, ia dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Manakala untuk Red Magic 9S Pro+ ia dimuatkan dengan bateri 5500mAh bersama pengecasan pantas 165W.
Selain itu, peranti ini turut dimuatkan dengan sistem penyejukan ICE 13.5 baharu dengan kipas terbina yang mampu berpusing sehingga 22,000 RPM. Turut dimuatkan dengan CUBE AI yang memastikan suhu peranti kekal optimum untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih baik.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti bicu audio 3.5mm, NFC, pembesar suara jenis stereo , Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, IR Blaster, shoulder triggers 520Hz dan menjalankan Red Magic OS 9.0 berasaskan Android 14.
Di China, Red Magic 9S Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY4799 (RM3109). Manakala Red Magic 9S Pro+ pula dijual pada harga bermula sekitar CNY5799 (RM3796).