Tahun 2024 boleh dikatakan sebagai tahun kecerdasan buatan (AI) selepas kebanyakan pengeluar mula mengintergrasikan keupayaan AI ke dalam peranti mereka. Melaluinya, ia menawarkan pelbagai fungsi menarik yang dapat meningkatkan produktiviti dan memudahkan urusan seharian pengguna. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi 3 fon dengan fungsi AI di Malaysia.
Samsung Galaxy AI
Samsung boleh dikatakan sebagai pengeluar terawal yang mengintergrasikan keupayaan AI pada peranti mereka melalui Galaxy AI.
Senarai fungsi yang ditawarkan oleh Galaxy AI :
- Circle to Search : Membolehkan pengguna melakukan carian dengan lebih mudah. Pengguna hanya perlu membuat isyarat gerak (circle) pada imej atau teks dan ia akan memaparkan hasil carian berdasarkannya. Menariknya, fungsi ini tidak memerlukan pengguna bertukar aplikasi.
- Live translate : Melalui fungsi ini, panggilan telefon yang diterima boleh dialih bahasa dalam masa nyata.
- Browsing assist : Meringkaskan artikel dan juga halaman web sekaligus menjadikan pengalaman membaca lebih baik.
- Note assist : Setiap nota yang dicatat melalui aplikasi Samsung Note boleh diringkaskan atau dipadatkan serta boleh ditukar kepada format lain.
- Photo assist : Membolehkan pengguna melakukan suntingan imej menggunakan keupayaan AI. Selain itu, AI akan turut memberikan cadangan suntingan untuk menjadikan imej lebih baik dan menarik.
- Transcript assist : Fungsi ini membolehkan rakaman suara atau perbualan ditukar kepada bentuk transkripsi. Ia turut boleh menterjemahkan perbualan ke dalam bahasa lain.
- Chat assist : Membantu pengguna dalam menterjemahkan perbualan dalam masa nyata sekaligus dapat mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih baik.
- Generative photo editing : Fungsi ini akan menganalisi imej dan menjana semula kepada imej yang lebih baik. Selain itu, pengguna boleh menyunting imej dengan menggunakan AI untuk mendapat hasil imej yang lebih menarik.
Walaubagaimanapun, tidak semua peranti Samsung menyokong Galaxy AI. Setakat ini, hanya peranti premium Samsung sahaja yang menyokong Galaxy AI seperti siri Galaxy S, siri Galaxy Z Fold, siri Galaxy Z Flip dan siri Galaxy Tab S9.
HONOR AI
Selain Samsung, HONOR turut memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) mereka yang dipanggil sebagai HONOR AI.
Senarai fungsi yang ditawarkan oleh HONOR AI :
- Magic portal : Fungsi ini membolehkan pengguna menukar dan mengakses aplikasi dengan cara drag dan drop sahaja. Sebagai contoh, pengguna hanya perlu drag lokasi ke Magic Portal untuk membuka aplikasi navigasi.
- Magic capsule : Memaparkan pelbagai notifikasi dalam saiz capsule dan berubah saiz lebih besar apabila disentuh. Mengurangkan gangguan pada aplikasi yang sedang digunakan pada skrin utama.
- Smart folder : Memboleh pengguna mencipta pintasan aplikasi untuk fungsi yang kerap digunakan. Menariknya, fungsi ini boleh digunakan pada pelbagai aplikasi seperti Instagram, X, Maps, Grab dan lain-lain.
- AI gesture : Seperti namanya, fungsi ini membolehkan pengguna mengawal peranti dengan hanya menggunakan isyarat tanpa perlu menyentuh peranti. Fungsi ini menyokong 4 pergerakan tangan iaitu atas, bawah, kanan dan kiri. Menariknya, fungsi ini turut boleh digunakan walaupun peranti direndam dalam air.
- AI motion sensing : Fungsi ini membolehkan gambar diambil secara automatik apabila mengesan pergerakan yang drastik. Apabila fungsi ini diaktifkan, pengguna tidak perlu menekan shutter.
- AI blur privacy info : Fungsi ini membolehkan maklumat peribadi atau data sensitif dikaburkan secara automatik selepas dikesan oleh AI.
- AI portrait engine : Melalui fungsi ini, AI akan menganalisi maklumat seperti latar belakang, pencahayaan dan ciri muka untuk memberikan hasil potret yang lebih baik.
- AI-enhanced night portrait : Gambar potret malam kini lebih jelas dan lebih terperinci melalui fungsi yang dikuasakan oleh AI photography algorithms.
Untuk sokongan HONOR AI, buat masa ini ia hanya tersedia untuk siri Magic 6, siri Magic 5, siri Magic V dan juga siri HONOR 200. Kami menjangkakan lebih banyak peranti yang akan menyokong fungsi ini pada masa akan datang.
OPPO AI
OPPO tidak mahu ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan (AI) dan turut memperkenalkan pelbagai fungsi AI pada peranti mereka melalui ‘Tap into AI’.
Senarai fungsi yang ditawarkan oleh OPPO AI :
- AI eraser 2.0 : Membolehkan pengguna memadam objek atau manusia yang tidak diingini pada imej melalui aplikasi galeri. Fungsi ini, mirip seperti magic eraser yang ditawarkan oleh Google.
- AI clear face : Fungsi ini mejadikan gambar kumpulan yang diambil menjadi lebih cantik. Melaluinya, AI akan meningkatkan perincian dan tekstur pada wajah sekaligus menjadikan hasil imej jadi lebih menarik.
- AI best face : Seperti namanya, fungsi ini menyelamatkan anda daripada hasil imej yang kurang cantik seperti mata tertutup atau sebagainya. Dengan hanya satu klik, imej tersebut bertukar kepada hasil yang lebih baik.
- AI smart image matting 2.0 : Pengguna kini boleh menukar sebarang imej atau foto menjadi pelekat atau emoji untuk digunakan dalam perbualan.
- AI studio : Fungsi ini membolehkan anda menghasilkan atau mencipta imej yang lebih menarik berdasarkan foto anda. Menyokong suntingan latar belakang atau menukar gaya rambut untuk hasil yang lebih bergaya.
- AI linkboost : Fungsi ini membolehkan sambungan rangkaian dapat dilakukan dengan pantas dalam apa jua keadaan. Selain itu, ia akan meminimumkan gangguan atau masalah rangkaian.
- AI recording summary : Pengguna kini boleh menukar rakaman suara kepada bentuk teks. Lebih menarik, teks tersebut boleh diringkaskan untuk menjadi ia lebih mudah untuk dibaca dan difahami.
- AI clear voice : Fungsi ini akan mengasingkan suara pemanggil dan meminimumkan bunyi persekitaran untuk menjadi setiap perkataan dapat didengar dengan jelas.
- AI toolbox : Fungsi ini terbahagi kepada 3 iaitu AI-summary, AI-writer dan AI-Speak. Untuk AI-summary, ia meringkaskan artikel ke dalam bentuk yang lebih mudah untuk dibaca. Manakala, AI-writer pula membantu anda dalam penulisan dengan mencadangan ayat yang lebih sesuai dan relevan untuk digunakan. Akhir sekali AI-speak, fungsi ini mempunyai keupayaan untuk membacakan artikel untuk anda.
Untuk permulaan, OPPO AI hanya tersedia untuk siri Reno12 5G memandangkan ia peranti terawal yang dipromosikan dengan ‘Tap into AI’. Namun begitu, lebih banyak peranti yang akan menyokong fungsi ini pada masa akan datang.