Acara pelancaran untuk telefon lipat baru HONOR iaitu Magic V3 telahpun dijadualkan pada 12 Julai ini di China. Menurut HONOR, Magic V3 akan menjadi telefon lipat yang lebih nipis dan lebih ringan berbanding model semasa.
Terbaru, HONOR secara rasmi telah berkongsi rekaan Magic V3, memperlihatkan rekaan keseluruhan peranti tersebut. Perubahan paling ketara pada Magic V3 adalah pada bahagian kamera belakang yang menggunakan rekaan berbeza dengan tetapan tri-kamera. Tidak dapat dipastikan sensor kamera yang digunakan namun salah satu sensor berkemungkinan adalah kamera Periskop.
Selain itu, turut dapat dilihat Magic V3 hadir dengan 2 pilihan warna iaitu putih dan maroon namun mungkin terdapat lebih dari 2 pilihan warna secara keseluruhan. Dari segi spesifikasi, peranti mungkin akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM, kamera utama 50MP, bateri 5200mAh dan pengecasan pantas 66W.
Maklumat lebih tepat mengenai peranti hanya akan diketahui pada acara pelancaranya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.