Selepas diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran China pada minggu lalu. Nubia mengesahkan yang siri RedMagic 9S Pro akan turut diperkenalkan untuk pasaran global pada 16 Julai ini.
Siri RedMagic 9S Pro hadir dengan peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa dan turut dimuatkan dengan fungsi kecerdasan buatan (AI). Ditawarkan dalam 2 pilihan model iaitu RedMagic 9S Pro dan RedMagic 9S Pro+.
Kedua-dua model tampil dengan spesifikasi yang hampir sama hanya dibezakan dengan teknologi pengecasan, kapasiti bateri dan pilihan varian. Hadir dengan skrin AMOLED BOE bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang lebih berkuasa yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Pada acara tersebut, nubia dijangka akan turut memperkenalkan komputer riba baru mereka iaitu RedMagic Titan 16 Pro. Komputer riba ini telahpun diperkenalkan lebih awal di China, dikuasakan dengan cip Intel Core i9 yang dipadankan dengan GPU RTX 4060 atau RTX 4070.
Tidak dapat dipastikan adakah siri RedMagic 9S Pro akan turut diperkenalkan untuk pasaran atau sebaliknya. nubia Malaysia buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketibaan peranti ini ke pasaran tempatan.