Pencipta kandungan boleh membuang atau mengalih keluar lagu yang mempunyai hak cipta dari video dengan lebih mudah melalui fungsi Erase song.

Fungsi ini telah ditambah baik dari versi sebelumnya, yang mana ia hanya akan membuang lagu yang melanggar hak cipta tanpa menjejaskan audio lain dalam video tersebut. Bermaksud, hanya lagu latar sahaja yang dibuang sementara audio lain masih dikekalkan. Melalui fungsi ini terdapat 2 pilihan yang diberikan iaitu Erase song atau Mute (buang semua bunyi).
Keupayaan tersebut menggunakan algoritma baru yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) yang akan mengenal pasti dan mengalih keluar kandungan yang melanggar hak cipta.
Fungsi ini akan dilepaskan secara beperingkat kepada semua pengguna melalui YouTube Studio untuk desktop dan peranti mudah alih.