Close

CMF Watch Pro 2 dan Buds Pro 2 turut tiba di Malaysia – Harga bermula RM299

Seiring dengan pelancaran fon pertama dari CMF iaitu Phone 1. CMF turut memperkenalkan dua lagi peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu CMF Watch Pro 2 dan Buds Pro 2.

Watch Pro 2 hadir dengan rekaan jenis bulat dengan bezel yang boleh ditukar. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 1.32-inci yang menyokong paparan 60Hz dan kecerahan puncak 650 nits. Dimuatkan dengan bateri 305mAh yang mampu bertahan sehingga 11 hari.

Turut hadir dengan pelbagai fungsi kesihatan asas seperti SpO2, pemantaun kadar jantung, pola tidur dan tekanan harian. Menyokong lebih daripada 120 mod sukan secara terbina dengan 5 pengecaman sukan secara automatik. Selain itu, ia turut menyokong penarafan IP68 dan menyokong panggilan melalui Bluetooth.

Buds 2 Pro, ia hadir dengan rekaan berbeza dari model sebelumnya iaitu petak dan menyokong Smart Dial pada case yang boleh mengawal pelbagai pintasan seperti kawalan suara. Dilengkapi dengan dwi-pemacu bersaiz 11mm dengan tweeter 6mm yang turut menyokong magnet N52.

Menyokong pelbagai sokongan codec seperti LDAC, audio Hi-Res dan algoritma Spatial Audio Effect. Selain itu, ia turut menyokong teknologi Ultra Bass 2.0, Clear Voice Technology 2.0Wind Noise Reduction 2.0, ANC hybrid active, 6 mikrofon dan penarafan IP55. Dimuatkan dengan bateri 460mAh yang mampu bertahan sehingga 11 jam dan 43 jam dengan bekas pengecas.

Untuk harga jualan, CMF Watch Pro 2 dijua pada harga RM339 manakala CMF Buds Pro 2 pula dijual pada harga RM299. CMF turut menawarkan aksesori set tali jam dan bezel untuk Watch Pro 2 yang dijual pada harga RM99. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 15 Julai ini di semua pengedar rasmi Nothing Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN