Close

Xiaomi Mix Fold 4 dan Mix Flip 4 akan tiba tak lama lagi

Xiaomi bakal memperkenalkan dua telefon lipat baru pada bulan ini iaitu Mix Fold 4 dan Mix Flip 4. Perkara tersebut didedahkan oleh CEO Xiaomi iaitu Lei Jun melalui platform X.

Perkongsian awal tersebut adalah mengenai kilang baru Xiaomi iaitu Smart Factory yang terletakkan di Changping, Beijing China. Kilang baru yang berkeluasan 81,000 meter persegi ini dikatakan mampu menghasilkan 10 juta pengeluaran fon dalam masa setahun.

Kilang tersebut telah mula beroperasi dengan peranti terawal yang akan dhasilkan adalah Mix Fold 4 dan Mix Flip 4. Namun begitu, tiada sebarang tarikh yang dikongsi sebaliknya hanya menyatakan peranti tersebut akan tiba pada bulan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN