Pekerja atau kakitangan Microsoft diwajibkan untuk menggunakan iPhone bagi urusan kerja di China. Arahan tersebut akan dikuatkuasakan bermula September ini. Berikutan itu, Micorsoft akan menyekat dan mengharamkan penggunaan peranti Android untuk urusan kerja.
Menurut Microsoft, perlaksanaan tersebut dilakukan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan. Selain itu, ketiadaan sokongan Google Mobile Services (GMS) di China menyebabkan aplikasi keselamatan Microsoft Authenticator dan Identitiy Pass tidak boleh dipasang pada peranti pekerja.
Di sebabkan itu, Microsoft memilih untuk menggunakan iPhone berikutan kedua-dua aplikasi keselamatan tersebut boleh dimuat turun melalui Apple App Store. Selain itu, ia bagi menyeragamkan sistem pengesahan yang kini diwajibkan untuk semua pekerja.
Untuk perlaksanaan ini, Microsoft akan memberikan dana atau menyediakan iPhone 15 untuk semua pekerja mereka. Namun begitu, kakitangan atau pekerja masih boleh menggunakan peranti Android bagi kegunaan peribadi.